Pages

Saturday, March 8, 2014

My Hong Kong Trip

Hong Kong
28 Feb - 5th Mar 2014

Last year, masa mula-mula book tiket ke Hong Kong, terdetik juga apa jer yang menarik other than Disneyland. Emmhhh, memandangkan tiket agak murah masa tu compare to other international destination, so, kami GGK telah sepakat menjadikan Hong Kong as one of our top destination for this year 2014. Rupanya, there were so much to see & to do in Hong Kong ni. Alhamdulillah, terlaksana juga impian zaman kanak-kanak aku nak ke Disneyland Hong Kong yang dikhabarkan sesetengah orang lagi best dari US Disneyland. Well, aku tak boleh nak judge lah sebab belum pernah menjejakan kaki pun ke sana. So, to me, HK Disneyland memang sangat best & I was really having fun.


Sekilas Fakta... 

Hong Kong terdiri dari Pulau Hong Kong, Kowloon, dan New Territories jika dilihat dari selatan. Di sebelah utara New Territories terdapat kota Shenzhen. Di antara 236 pulau di Hong Kong, Pulau Lantau adalah yang terbesar sedangkan HK adalah yang kedua terbesar dan populasinya adalah yang terbesar di HK. Pada tanggal 1 July 1997, HK secara rasminya diserahkan oleh pemerintah Britain kepada Republik Rakyat Cina. 


Nighttime panoramic view of Hong Kong Island from the Avenue of Stars in Tsim Sha Tsui

Before aku proceed with more detail for each destination yang kami pergi better aku cerita dulu apa yang aku rasa perlu untuk traveller or tourist yang first time ke HK.


Accomodation

Memandangkan HK ni adalah antara Asia top destination, so, advisable sangat to make early booking. Jangan jadi macam kes kami yang book 2 weeks before nak ke sana. Sebab harga dia akan berubah jadi lagi mahal kalau buat last minute booking. Better buat reservation, 1 or 2 months earlier to save more for your money.

Aku buat reservation thru Booking.com. Actually, before pergi memang macam-macam hotel yang tersenarai dalam list kami tapi entah macam mana Delta Hotel yang menjadi pilihan aku masa buat booking… hahaha. Mostly, hotel yang kawan aku dah pergi suggest semua dah fully booked on the day kami nak ke sana. That’s why aku terpaksa survey other hotel. Tapi, kalau baca mana-mana review pun pasal hotel kat HK ni, memang semua nya lebih kurang sahaja. Yang confirm memang agak sempit & saiz dia ngam-ngam sahaja. Kami pay cash upon arrival sebab kena 10% kalau pay using credit card on top of our booking payment.

Harga hotel yang aku survey semua pun mahal-mahal walaupun dikategorikan as budget Hotel. Maybe, to HK people lah kot murah. Delta Hotel yang kami stay untuk 5 malam ni terletak di Chungking Mansion level 6, Nathan Road, Tsim Tsa Tsui. Kos Hotel Delta untuk  6D/5N adalah HKD2650 (RM1,135) for tripple room & HKD2050 (RM878) for Double Room. Kami amik 2 double room & 1 tripple room memandangkan kami ada 7 orang. Alhamdulillah bilik yang aku dapat agak OK sebab ada ruang solat yang selesa & boleh buat ruang dapur kecik juga, hehehe. Tapi agak kesian fad & adeq yang dapat bilik lagi kecik & sempit.

Actually, dalam Chungking Mansion ni sahaja tak terkira banyaknya hotel managed by different people. Memang agak strategic sebab terletak sangat dekat dengan MTR station, Masjid Kowloon & shopping complex. Kalau kat Malaysia macam ala-ala stay kat Bukit Bintang lah. Cuma yang tak bestnya banyak sangat awang hitam kat sini. And cuma ada 2 lifts sahaja untuk naik ke atas, each for odd & even numbers. So, cuba bayangkan lah kalau peak hours, waiting time boleh menjangkau sehingga setengah jam jugalah.


In front of Chungking Mansion

Delta Hotel kami yang kami duduk ni owned by Pakistani, Mr David. Hotel Asoka & Delta ni semua under his management. Hairan juga, kat HK pun jadi buat business yea. Anyway, aku sempat jumpa Mr David ni on the 1st day sahaja sebab dia greet aku masa mula-mula masuk ke bilik. And tolong sapukan sampah dalam bilik aku. Masa tu, sempat jugalah borak-borak pasal Malaysia. Cuma yang tak bestnya dia cakap Malaysia “tak safe” sebab apa yang pernah berlaku kepada family dia semasa bercuti di sini & it happened in KLCC area. Masa tu aku & Eein punya lah nak pertahankan tanah air tercinta tapi tulah aku sendiri akui sometime aku rasa tak safe especially kalau pulang keje lambat. Tapi yang pasti dia cakap HK is safe, ok. whatever.


My room with Eein, masa booking kami choose standard double sebab lagi murah tapi entah macam mana masa kami sampai dia orang offer new room (katanya baru open this morning) Standard Twin. Sebabkan new room lah sengal satu badan tido katil keras.

Tollet dia bersih & cuma heater dia yang tak berapa nak ok

Transportation

HK memiliki sistem transportasi dalam bandar yang sangat moden & effiecint yang terdiri dari train, bus, tram, feri, dan taxi. Hampir semua public transport di HK dapat dibayar menggunakan Octopus Card yang boleh di beli di semua station MTR & airport (Arrival Hall Terminal 1, level 5). Price HKD 150 for adult & HKD 70 for child, HKD 50 digunakan sebagai deposit, meaning korang ada balance sebanyak HKD 100 (for adult) yang boleh digunakan. Kalau tak cukup boleh topup di semua station MTR & also di 7-eleven. Card ni boleh refund on the last day, korang akan dapat balik balance and deposit HKD50 tapi ada charge HKD9 yang akan dikenakan. Untuk selama 6 hari kami berada di HK hampir HKD200 jugalah penggunaan kami.


Can get your octopus card here at HK Airport terminal 1

Mass Transit Railway (MTR)

MTR kat HK ni memang sangat efficient. Hanya dengan MTR sahaja, korang dah mampu nak tour satu HK ni. Sebabnya, rangkaian MTR disini menghubungkan semua tempat… Kowloon, Lantau Island & Hong Kong Island. Anywhere tourist attraction in HK is possible only with MTR. Even kalau interchange station or line pun masih within that area. Masa tu terpikir juga kalaulah Malaysia mampu menggabungkan semua rangkain train dia only under one management, bukankah lebih mudah untuk rakyat. Aku tak cakaplah satu Malaysia tapi cukuplah area KL & Selangor yang sememang nya sangat congested during peak hours.

MTR system map

MTR bawah tanah

Don't worry you will never get lost kalau follow the right exit

Ferry

Perkhidmatan feri yang paling terkenal adalah Star Ferry yang menyeberangi Victoria Harbour antara Tsim Sha Tsui, Central, Wan Chai, dan Hung Hom.


Star Ferry Terminal at Victoria Harbour

Actually tak plan pun nak naik ferry ke HK Island. Ingat nak servey dulu Big Bus city kat Star Ferry, tapi TST staff cakap boleh amek feri je nak ke seberang, that’s why terus terlajak naik ferry ke HK Island sebab nanti kami akan naik bus juga nak ke Ocean park. Fare from Star Ferry Pier to HK Island is HKD4 and trip tak sampai 5 min. Ok lah merasa juga naik ferry dari Kowloon ke HK Island. Tempat tunggu bas pun sangat dekat dengan star ferry terminal.


Star Ferry Terminal at HK Island

Kami juga menggunakan ferry untuk ke Macau, China. Tapi kena ambil ferry dari HK China ferry Terminal located in canton road which is only 20 minutes walk from our Hotel. Other option, boleh naik juga dari Shun Tak Centre.

Bus

To some destination, memang agak berbaloi naik bus ni. Contohnya macam dari airport nak ke Hotel kami yang terletak di Tsim Tsa Shui sebab bus (A21/N21) berhenti betul-betul dekat dengan Chungking mansion, lokasi hotel kami. Nak ke ocean park pun kena ambil bus juga (no. 629) sama ada dari MTR Admiralty station or Star Ferry terminal. Aku perasan MTR station direct to Ocean Park is still under construction, maybe in future dari Kowloon sahaja dah bolah direct terus ke sini with MTR.

Tapi kalau nak naik bus, make sure duit cukup-cukup yea. Sebab no balance kalau terlebih bayar. So, better guna octopus card.

Nak tour satu HK with Big Bus pun possible sebab bus ni ade yang operated 24 hours & 48 hours. 

Di Macau pun, bus adalah transportation utama untuk ke mana-mana. Cuma kena alert lah nak berhenti kat mana. Actually, you will never get lost, if you plan well. Fare $3.20 for any destination inside Macau territory. HKD also accepted. Kalau nak ke Venetian di Cotai, ade free shuttle bus from Macau Ferry Terminal.


Halal Foods

To be honest memang agak susah nak cari Halal Food yang murah di HK ni. Most of the Halal Food yang ada pun mesti Pakistan, Indian or Arab food. Maybe sebab source nak mendapatkan Halal Food tu agak susah, that’s why price dia agak melampau to budget travellers macam kami ni. Aku ingat lagi herge sebiji telur gred B dikedai sebelah lift kami, HKD2. Kalau 3 biji dapatlah HKD5. Mahal ke OK?

Ada juga komuniti Indonesian yang berkerja di sini yang membuat part time business hujung minggu berniaga dekat tangga Masjid Kowloon. Sempat jugalah kami merasa nasi lalap, HKD15. Boleh tahan jugalah.

Kowloon Mosque

Dekat HK Disneyland ada satu Halal Food Outlet, Tahitian Terrace yang served Asian Foods. Tapi standby money lah yea sebab herge untuk satu hidangan pun above HKD90 including salad & drink. Credit card also accepted, hehehe.




Kalau naik Ngong Ping 360 akan singgah kat NgongPing Village, kat sini pun ada Halal Food outlet, Ebeneezer's Kebab. Price range between HKD60 to HKD 90. Ebeneezer's ni agak popular juga di HK and banyak cawangan di sekitar HK. Dan kebab dia pun memang sangat best.


Ebeneezer's Kebab & Pizzeria

Kat Terminal 1 HK international Airport ada Popeyes Chicken with Halal logo. Sempat kami dinner di sini sementara tunggu flight pulang ke Malaysia.


Popeyes Chicken

Ada satu lagi tempat yang kami tak sempat nak pergi Islamic Centre Canteen, Wan Chai. Dalam itinerary memang dah plan nak makan Dim sum halal di sini tapi tulah bukan rezeki kami nak ke situ. Opening Hours between 9am to 9pm. Tapi Halal Dim Sum hanya served between 1.00pm-3.00pm sahaja. Price below USD10 / RM33 per person (dim sum).

Chungking Mansion tempat kami tinggal ni pun banyak je Halal Food. Tapi, kami sendiri pun tak pernah makan kat sini. Hari-hari pun naik rimas orang asyik offer makan Halal food. So, tak dapatlah nak servey herge dia mahal ke tidak tapi aku yakin price range pun lebih kurang makan tempat halal yang kami makan malam on the second day around HKD60 to HKD 90.

Kami telah memilih untuk membawa bekal nasi & lauk sendiri untuk ke few destinations, ocean park, peak tram & Macau. Boleh lah nak save budget sikit for other things. InsyAllah, I would do the same thing kalau nak ke Korea autumn ni.

However, please note that some restaurants serving halal food also serve alcohol. So, it’s best to ask first if doubts. Check out the list of certified halal food outlets in Hong Kong.

Macau memang paling susah nak cari Halal food. Tapi kami dah prepare pun untuk makanan cuma bab nak cari tempat solat & komunikasi among locals yang menjadi penghalang utama kami semasa berada di sana. Melalui servey yang aku buat di forum halal food in Macau ade “Taste of India & Red Chili“. These 2 restaurants believed were inspected and certified by Hong Kong based mufti. Also, got praying area for Muslims. Red Chili - Indian Restaurant is located very near MGM Grand Casino. Maybe, boleh check sini for further info.


Attraction

Aku rasa kalau nak lagi berbaloi bercuti di HK ni, make it 1 week. Itu pun kalau nak masukkan skali Macau dalam list lah… hehehe.

HK Disneyland – Kalau bawa budak-budak, make it 2 days. Tak salah aku ada pass untuk 2 days. Sebab kami yang one day nie pun tak cukup nak explore semua. Maybe cukup kalau pandai guna masa sebaik mungkin & plan effectively yea. Aku rasa kerugian besar sebab tak habis explore semua, dahlah datang dari jauh tapi...

Ocean Park – ni memang kena spend one day juga sebab ride dia memang banyak & lebih sesuai untuk adults. Kawasan dia juga sangat luas dan macam-macam ada.

Ngong Ping 360 – spend half day pun dah kira OK tapi cuma nak ke sini agak jauh skitlah. Tapi bagi aku, a must visit place kalau ke HK ni. Sebab bleh tengok view HK yang awesome sepanjang perjalanan pergi & balik. Sila lah beli tiket Crystal cable car (see thru) yang akan memberi kepuasan tahap maksima sepanjang perjalanan.

Peak Tram, Sky Terrace & Madama Tussauds – ni pun cukup sekadar half day trip. Maybe boleh combine dengan jalan-jalan ke Ladies market.

Mongkok Ladies Market – Tourist market where you can bargain almost anything. Also, can go anytime, tapi pukul 10 mlm macam dah nak tutup. Sila gunakan bargaining skill anda. Sebab kalau nampak tourist automatically harga dia mahal. So, bargain sampai dia orang terpaksa cakap OK, hehehe.

Avenue of Stars – inipun anytime boleh pergi bagi kami yang tinggal berhampiran dengan lokasi ni lah. Specialnya sebab ala-ala walk of fame macam kat Hollywood tu. Tapi kat sini lebih kepada memberi penghargaan kepada superstar HK lah.

Symphony of Light – 20 minutes light show yang diringi muzik ni pun dekat dengan area Aveneu of stars tapi kalau nak kepuasan tahap maksima sila pergi ke area yang berhampiran dengan clock tower di Victoria Harbour. Masa kami ke sini on the 3rd day, show was in Cantonese.

Macau 1 day trip – possible from HK. But, please start your trip awal-awal pagi. Banyak masa sikit boleh spend nak cover tourist attraction kat Macau. Plan wisely for your trip ke sini.

Big Bus Tour – Bus open top yang popular among tourist di HK for Hop off Hop On sightseeing. Bus ni ada masa perkhidmatan dia. Tak salah aku start seawal 10 pg. Tiket boleh dibeli di Star Ferry Terminal. Sila ke tourist information center (TST) for more detail sebab bus ni pun ada provide package nak tour satu HK Island, Kowloon Tour & Aberdeen & Stanley tour. And harga pun berbeza mengikut package yang diambil. Tanya jer anything about HK kat TST and they will be happy to guide you. Anyway, kami tak sempat pun nak naik bus ni. Frust. 


Solat

Waktu solat ni di HK lebih cepat berbanding Malaysia walaupun tiada perbezaan masa. Dan waktu malamnya pun lebih panjang sebab masih musim sejuk ketika ini. Tempat nak solat tak menjadi penghalang sangat di HK ni kalau nak dibandingkan dengan Macau. Kalau di Kowloon, ada masjid Kowloon yang terletak berhampiran dengan Hotel kami.

Di Disneyland & Ocean park juga ada disediakan tempat nak solat tapi kena pergi information counter dululah minta permission sebab nanti dia orang akan provide one room for solat. Macam di ocean park, kami solat dalam medic room yea sebab bilik yang sepatutnya sedang digunakan. Disneyland bilik agak selesa sikit sebab dekat sebelah information counter sahaja.

Di airport pun ada tempat solat yang agak selesa di terminal 1. Bilik dia macam dalam ofis & siap dengan arah kiblat. Cuma kena mix dengan lelaki lah.


Prayer room for Muslim

Arah kiblat tidak menjadi masalah sebab sekarang banyak sahaja apps yang mampu memberi arah dengan tepat.  


Simcard

Kepada budget traveller yang ada budget lebih or stay lama di HK, bolehlah dapatkan traveller simcard di kedai 1010 di airport. Tak semua tempat di HK ni ada access to free wifi, so, kalau jalan in a group bolehlah dapatkan satu sebab senang selain dapat bersosial network dapat juga guna untuk map & dapat info about destination yang nak dituju. Kos HKD88 (RM37) included unlimited internet for 7 days & HKD10 for local call.

Traveller Simcard

To be continued...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...