Pages

Thursday, April 11, 2013

Ho Chi Minh Day 3: Mekong River Tour


Saturday, 30 March 2013
HCMC - Cai Be - Vinh Long @ Mekong River
Ho Chi Minh, Vietnam


Our main agenda for Day 3… Mekong Tour. Mekong Tour is a full day tour, it cannot be done in half day because the time taken from HCMC to this area was around 2 to 3 hours, thus, the return time already half day travelling and depending on the package you’ve chosen. 

For our case, we took package provided by the Thanh Thu Hotel. Normally, mana-mana hotel kat Vietnam ni pun memang dah ade tour package and the price almost in the same range. Macam Mekong Tour ni, the price for the full day tour sama jer yang macam kat Boss Hotel punye package cuma travel agent dia saja yang berbeza and the itinerary more or less the same. We have 2 options for the Mekong Delta Full day tour, USD14 (My Tho – Ben Tre) and USD20 (Cai Be – Vinh Long). Tapi kami telah memilih yang "Cai Be – Vinh Long" punye package memandangkan itinerary nye lebih menarik & tertarik… sebab nye ade floating market. Dan beza antara dua package ni juga adelah travelling time, package with floating market ade extra 1 hr.

Kami bertolak agak lambat pagi tu, pukul 8 macam tu baru bas kami sampai… tour agent ni pon satu hal, dah tahu perjalanan makan masa 3 jam patut nyer start lah lagi awal. Masa kami masuk bas tour kami dah full of mat salleh. So, we assumed that dia pergi angkut pelancong lain dulu… tu yang lambat and kami antara yang terakhir. Ni lah antara penyebab utama perjalanan lagi lambat sebab kena angkut semua pelancong yang booking under the same package agent. Anyway perjalanan tak sampai 3 jam pun maybe sebab total time dalam package kami dah termasuk perjalanan dari hotel ke hotel mengangkut pelancong... hahaha. Perjalanan lagi bertambah slow sebab nak keluar dari HCMC jer dah kena menempuh jam yang agak teruk... cuma bila dah masuk free way dia jer baru lah rasa heaven sikit. Tapi yang aku pelik, bas kami ni still maintain speed dia less than 90km/h kot walaupun bawa kat highway... slow & steady.


Ni lah bas kami...tengok laluan tengah dia jer dah penuh dengan kaki mat saleh

Our guide... Lionel (ingat nama omputeh dia jer...hehehe)

Sekilas Fakta...

Sungai Mekong adalah sungai ke-10 terpanjang di dunia, ke-10 terbesar dari segi isipadu dan mengeluarkan 475 km padu air setiap tahun. Panjangnya 4880 km dan lembangan Sungai Mekong seluas 812,000 km persegi. Mengalir dari Dataran Tibet di utara mengalir melalui Yunnan di China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam. Semua negara kecuali China dan Myanmar menyertai Suruhanjaya Sungai Mekong. (source)


Arriving at Cai Be Jetty... starting point to explore the Mekong Delta

Kami sampai di Chai Be dalam pukul 11 macam tu. Dan destinasi utama kami of course lah floating market. Tapi agak mengecewakan sebab kami diberitahu yang floating market hanye dibuka dari pukul 8 sampai 11 pagi sahaja. Masa tu aku rase agak bengang jugalah... kalo ko dah tahu tutup pukul 11 pagi, tak reti-reti ke nak gerak lagi awal. Masa tu aku rase agak tertipu juga. Suppose floating market is our main agenda for Mekong Tour. Kalau aku tahu baik aku amek package yang lagi murah. Masa tu baru aku terfikir no wonder lah package yang kat Boss Hotel which included floating market tu start seawal 6 pagi... masa inilah yang nak dikejarkan. Hancur lebur harapan kami nak nengok bagaimana selling transaction of people at floating market. Apa yang tinggal... hanya lah boat-boat yang dah habis berniaga & nak balik dah pon....arrgghhhh.

 
Sungai Mekong ni merupakan laluan utama urusan jual beli disini

Transaction still on going inside the boat

Boats are returned back to their home after the end of the business

Inilah rumah... Ini jugalah sumber pendapatan mereka

Tengah feel pelancong

Sebab dah kecewakan, hilang mood sikit. Kami lalu juga area floating market tu lepas tu patah balik and menghala ke our next destination… honey factory. Here, kami dihidangkan teh dengan madu & perahan limau. Orang minum secawan jer, aku balun sampai 3 cawan sebab tengah sakit tekak masa tu. So, dapat honey & lime ni pon dah cukup baik for my throat. My favourite nie… use to be my morning start before taking any food & drinks. Kami dijamu juga dengan kerepek pisang manis, kacang manis, halia & gula jelly. Lepas tu kalau rasa-rasa suka boleh lah terus beli. Kami tak beli apa-apa pon. Royal Honey dia yang sebotol kecik 10ml pon herge VND200K (RM30).


The bees... you can hold this if u want to
Nice one... Honey Lemon Tea

Kami dihidangkan juga dengan.... Makanan sampingan
Aktivity sampingan disini

Tak jauh dari tempat kami minum madu tadi… kami ke coconut candy place. Tengok cara-cara macam mana coconut candy ni dibuat. Haa… semua pon guna traditional method yea.


Jom kita ke sini pulak

Place to process the coconut candy

Muka ketat je akak ni... macam mana nak manis coconut candy ni

Aunty ni tengah buat emping padi

Souvenirs also being sold for the visitors

Dare to drink... the real snake wine :-)

Ready to be sold

Snake Wine

The lady was preparing the rice wine for the visitor

One Dollar only... child selling the postcard

After that kami naik boat balik to our next destination, rowing boat. Again, kami menyelusuri sungai mekong, kali ni perjalanan kami agak lama & sedikit bosan.


Dah sampai... Take turn to transfer to Rowing boat

Kami menghala ke sini

Sib baek ade tudung salji penyelamat... panas giler kot time ni

Boleh tahan juga gagah Vietnamese ladies kat sini

Takde yang menarik pon kat sini selain cuaca yang panas

Waiting turn nak u-turn... hehehe

The Mekong River... the main source to their daily life... transport, work, money, foods etc

End of rowing boat session... dah habis tu jangan lupa bagi tips plak, kesian akak tu penat dia senyum sambil mendayung

Pengangkutan utama & yang paling penting di Sungai Mekong... BOAT

Next Destination... lunch at Fruit Orchard

Tempat lunch kami.... tapi kami cuma makan Buah jelah

Lunch yang kami tapow di Kedai Hajah Basiroh pagi tadi... masih sedap lagi

After lunch, aku & Hezrin sempat menuggang basikal lama yang ade disini & memang part of the package pon. Memang old school betullah basikal ni. Kalau kat Malaysia ni dah masuk muzium ni... hehehe. Tapi tulah lah laluan kami terhad. Terpaksa lah lalu kat belakang-belakang rumah & kebun-kebun buah disini. Nak amek laluan tepi Sungai takut terlajak ke lain pulak.

After spend about 1 hour, lunch & riding bicycle, we continued on boat to Vinh Long City for a land market. Serius memang horror masuk pasar ni cause banyak sangat haiwan eksotik dijual. Geli pon ade... macam salah tempat pulak kami masuk.


Tak berminat pon nak tahu sebab kat Malaysia pon ader jer
 
End of Wet market tour

Ketam kecik ni pun ade juga dijual

Perjalanan kami diteruskan lagi menyelusuri kesibukan Vinh Long City

Masa on the way nak ke Bas kami, aku noticed buah ni... yes, inilah buah yang aku makan first day aku di HCMC, welcoming fruit from Thanh Thu Hotel... sedap :-)

We ended the tour around 4 p.m. and back to our Hotel at HCMC. We arrived around 7 p.m.

Malam ni rasa nye tak larat nak shopping dahh.

To be continued...


5 comments:

  1. tudung salji... ekekeke dgn pertanyaan, ada salji ke?

    peace~!

    ReplyDelete
  2. nurul, yg tempat jual-jual dlm bot tu xlalu ke?

    ReplyDelete
  3. Rita, aku lalu tempat tu tapi dah habis pon urusan jual beli dia... Masa kami smpi semua boat pon dah balik.. Hampeh btul, dlm pkg dia x ckp pon floating market tu smpi kol 11 pg jer, ms kami smpi pon dah pkl 11

    ReplyDelete
  4. Kay, alah typo error, tudung saji lah...

    ReplyDelete
  5. Assalam hai sis. May I know more detail about your travelling to vietnam ? Do email me at zaidfarahatiqah@gmail.com thank you ��

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...