Pages

Tuesday, June 19, 2012

Kehilangan


Tanggal 16 June 2012, hari yang takkan kulupakan dalam diari hidupku… hari yang telah meragut sebahagian daripada kegembiraan dan kebahagianku… bunyi macam serius jerk kan tapi tulah hakikat nye yang berlaku kat aku, ambil masa 2 hari juga lah untuk aku lalu makan & 3 hari juga nak lupakan apa yang berlaku adalah kenyataan. Sekarang aku pasrah jelah nak wat camne kan, dah hilang, walaupun bukan 100% kelalaian aku tapi aku rase lately banyak sangat barang yang aku sayang hilang, Ya Allah, adakah ini dugaan yang kau nak tunjukkan kepada hamba mu yang lemah & leka ini. Sekarang aku cuma nak cari kat mana silap nye.


Kronology tragedy 16 June 2012, Saturday

6.45 a.m – Sampai & parking betul-betul kat depan kakigym. Kalau orang keluar masuk, confirm lah boleh nampak aku punye keter. Kedua-dua belah side aku memang takde keter. Yang ade  pun Cuma selang satu on my right side.

6.55 a.m – call Sya (member  kakigym) yang dah janji nak sampai 6.45 a.m tapi lambat juga. So, aku masih ingat lagi masa tu aku tengah cakap lagi dengan Sya. Dia org ckp nak dah nak sampai dah… tup tup by the time aku letak or end the conversation, keter Mariam pun sampai park betul2 kat sebelah keter aku. Dan seingat aku, lepas letak je phone dalam porch baldu hitam aku yang turut berisi I.C & cash RM50… aku pun amek beg gym aku and masuk keter Mariam... tanpa menyedari  atau lebih tepat lagi kedengaran benda jatuh dari aku. Masa tu xdelah rushing sangat pon. Aku masih tak menyedari apa yang berlaku. Dan ketika itu juga, sempat lagi aku lihat Habib, trainer kakigym baru nak buka pintu kakigym… dia pun perasan kami kat situ.

7.20 a.m – Sampai Stadium kajang parking lot before keluar keter… Opps aku perasan yang porch aku takde dengan aku. Dalam hati takkan lah aku ter tinggal dalam keter kot, rasa rasa macam dah masuk kan dalam beg gym aku. So, nak sedap kan hati, aku rase memang terdrop lah kot dalah keter. Tapi dalam hati still rasa tak senang lagi memikirkan kalu aku letak kt seat sebelah boleh jadi orang pecah keter… masa tu macam2 negative thinking yang datang. Aku akui memang pernah tertinggal pun (tapi jarang sangat). Tapi aku habis kan juga lah larian aku dengan hati yang berbelah bagi.

8.30 a.m – Larian tamat tapi macam biasa lah kena tunggu yang lain sampai dulu bau gerak balik.

9.00 a.m – Balik. Sempat suruh sya buat calling to my number, ade bunyi meaning adelah kat dalam keter tu (ayat nak sedap kan hati).

9.20 a.m – Singgah breakfast dulu. Pastu baru balik.

9.50 a.m – Sampai kat depan kakigym, tekan alarm… cari porch aku dulu. Sah memang takde dalam keter. Nak kata kena pecah tak  mungkin sebab takde tanda2 kena pecah or kalu x mesti benda lain hilang juga. Tak puas hati aku cari keliling area situ, bawah keter orang, dalam keter orang yang dekat2 pun aku jengah juga. Longkang, tong sampah & everywhere… memang takde.

10.00 am – aku balik umah cari backup phone nak search aku punye phone. Pastu aku gerak g umah Mariam, kot2 terdrop dalam keter makcik tu... walaupun dah cai pagi tadi. Takde juga. 
10.30 a.m – ke tempat kejadian semula, cari balik & minta staff kakiggym tolong carikan juga. Habib yang menjadi saksi kami pagi tu juga, tak perasan apa-apa pun. Masa tu aku dah macam nak putus harapan, rasa macam dunia ni gelap gelita je.

11.30 a.m – aku bergerak ke balai polis kajang with Mariam nak wat report sebab melibat kan IC & Hphone aku kan. Polis pun tak boleh buat apa2 masa tu, dia cakap tunjuk je kat celcom report polis pastu dapat simcard baru. Kawan aku cakap, polis boleh je nak tolong trace phone no. ko tu tapi tulah, kena lah kenal dgn orang dalam kalu nak buat macam tu (case2 mcm ni, priority utk kes jenayah je slalu).. and dikenakan bayaran juga tak salah aku.

12.15 p.m – Aku ke celcom service center kat Sg Chua, minta tolong block call out (kot2 dia org bleh pecah masuk lock code aku kan). Celcom pun tak boleh buat apa-apa yea. Walaupun aku beli kat Blue Cube, warranty hanya cover kalu rosak je yea. Minta tolong nak search kan Iphone aku pun susah… cakap tu semua  kena buat kat Apple service center. Errkkk… dia orang ni memang tak membantu lansung. So, kalu Hilang, pecah or kelalaian sendiri… sila tanggung sendiri OK.  Aku minta tukar simcard baru and suruh dia activate kan 6 jam selepas itu. Sebab aku still nak carik lagi phone aku tu.

12.50 p.m – Lepas hantar Mariam balik, aku pun balik dengan hati yang lara

1.00 p.m - Sampai rumah, terus masuk bilik, aku buka laptop sendiri dan try guna Seacrh My Iphone Apps @ Icloud. Boleh guna tapi tak dapat find plak (Aku assume Iphone aku telah di OFF kan). Kalu OFF memang tak dapat detectlah. Aku try juga tepon budak2 yang pakai I-phone sorang pun tak pick-up, nasib baik sangkut kat Kay, minta tolong dia juga search kan. Same thing also happened, cannot be found. Anyway , thanks Kay. So, I guest memang takde rezeki aku lah... redha jelah.


My mistake kat sini. Aku patut find My Iphone tu before aku keluar balik cari porch aku tu sebab time tu phone still ringing. So, that aku boleh trace lokasi dia in detail.Tapi tengah serabut kan, semua pon tak boleh nak fikir masa tu. Dan aku rase paling penting kat sini, patut nye at the first place, bila aku sedar porch aku takde dalam beg gym dan dalam keter Mariam, aku patut nye kena patah balik balik kat parking depan kaki gym.

Semalam aku dah buat I.C baru sebagai ganti yang hilang. Since report polis menyatakan aku tercicir, so, pegawai JPN kat  counter cakap kena bayar kompaun RM100. Mak aiii… banyak nyer. Kalau next time hilang lagi, double up lah kompaun nye… meaning RM200. Cekik darah betul. Luckily aku bawa duit cukup-cukup jer.

Hari ni aku cuti lagi, bukan cuti sebab aku berkabung kehilangan I-phone aku tapi cuti sebab aku tak sihat. Batuk yang makin melarat sampai bengkak tekak aku doctor cakap, selsema yang tak pernah kering, badan panas & ditambah kehilangan barang yang aku sayang… sob sob sob.

Sekarang ni aku reda jelah nak wat camne, dah hilang kan. Allah tu maha kaya, setiap yang berlaku pasti ade hikmah nye.

Esok aku masuk keje balik, Insyallah. Doakan yang terbaek & wish me luck for my appraisal tomorrow. Hopefully, semua nye berjalan lancar. Ameen




7 comments:

  1. Takziah eh Nurul... Setiap kehilangan ada penggantinya insyaAllah

    Pas appraisal dpt kaw-kaw naik gaji n bonus, sila sambar yg no 5 plak

    Selamat maju jaya utk appraisal

    Ko appraisal 2x setahun eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah 2x setahun, kot ade yg 5, nk tggu lama tu :-(

      Delete
  2. sedihnya iphone hilang..

    yup ic hilang mmg kena kompaun rm100,hilang kali 2 double lah..

    ada hikmah tu...sabar eh

    nti leh beli iphone 5 plak :)

    ReplyDelete
  3. Dulu aku penah hilang laptop. Dah la orang yg hilangkan. Sampai sekarang orang tu tak ganti. Budus betul. Yg tu lagi sakit hati bukan salah kite tetiba hilang.

    Allah ambik sikit, Dia nak bagi balik banyaaaaaak tu.

    Good luck .

    Jgn bersedih sedih

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah betul kata kay tu "setiap kehilangan ada penggantinya"
    cuma berharap selepas ni utamakan dulu mana yang penting ya... dah rasa xsedap hati pasal telefon tu sepatutnya cari dulu sampai dapat...baru berlari... apelah sangat larian tu kan kalau nak dibanding dengan duit yg dah dilabur utk ipone tu... Semoga ada hikmah yang tersembunyi disebalik kehilangn itu...dan semoga kamu lebih berhati2 dimasa2 akan datang...sori kalau komen terlebih... adioss!!

    ReplyDelete
  5. hilang barang yang kita sayang, rasa macam mati separuh badan. helpless.

    dah habis sedih, redha je ye. bukan jodoh.

    ReplyDelete
  6. siannyerr.. pestaim ke hilang tuuu.. uhhuuu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...