Pages

Monday, January 11, 2016

Percubaan ke-2 Gunung Nuang via Pangsoon

Gunung Nuang, Pangsoon Hulu Langat
Saturday, 9 Jan 2016


Last saturday, aku join ad hoc plan member ex-technip ke Gunung Nuang. Mula-mula, aku tak plan pun nak follow ajakan jejai nak ke Bukit Kutu. Tiba-tiba Khamis dia kasi tau plan tukar plak & dia orang decide nak panjat Gunung Nuang. Tiba-tiba aku rasa macam excited plak sebab macam dah teringin lama nak panjat balik Nuang via Pangsoon after kegagalan misi 4 tahun lepas. Misi lah sangat kan padahal kami tak target pun nak sampai puncak masa tu, lebih-lebih lagi bila dah sampai kem Lolo, ada air sungai jerneh mengalir pulak kan. So, memang tak lah nak panjat lagi, hahaha. Tapi kali ni macam tertarik sebab dia orang cakap nak buat  "Entrance --> Kaki Bukit --> Lolo --> Pacat --> Pengasih --> Peak". Tapi mana tahu kan plan bertukar di hari kejadian, kami hanya sampai di kem pacat sahaja. Lagipun, kami mula pun dah 7.30pagi & aku rasa time pun dah tersasar.


Percubaan ke-2 thru Pangsoon

I hate this 5km trail to kaki Gunung

Korang akan lalu 6 pondok macam ni before sampai ke Kaki Gunung Nuang

Almost 2hrs juga lah nak sampai sini

Pokok Buluh memang banyak kat sepanjang trail nak sampai ke Lolo

Just follow the pipe nak sampai ke destinasi seterusnya

End of Pipe route akan jumpa sungai ni and kena cross nak sampai ke Lolo Camp

Kem Lolo yang menenagkan

Another river crossing

Trek Pacak sampai kem pacat

Perjuangan kami setakat Kem Pacat saja kali ni walaupun aku sampai before 12pm. Actually, target nak sampai ke Kem Pengasih pun jadilah kan tapi rasanya belum cukup gagah untuk hari ni. After rest about an hour kat Kem Pacat ni, kami pun turun balik ke pangkal jalan. Another tough journey nak berlawan dengan lutut pulak. Kami sampai di Kem Lolo balik dalam masa 1.5hrs. Stay kejap sambil mandi-mandi before back to main entrance. Rugi rasanya dah sampai sejauh ni tak merasa air sungai kat kem Lolo yang sejuk. Fuhh, seriously nikmat rasanya. Urat yang tegang pun kembali normal. Best... rasa tak nak balik pun ada. Teringat trip Rinjani yang lepas. So, ada betul nya juga lepas a tough hiking trip, seeloknya pulih kan balik urat-urat tu dengan berendam dalam air sungai semulajadi yang sejuk.


Kem Pacat Nuang

A must photo with so called Rapunzel Hair

Anyway, aku takde lah terkilan sangat tak sampai puncak pun sebab aku dah pernah sampai pun sebelum ni, cuma via Janda Baik lah. So, dah tahu apa yang ada kat atas tu pun. So, Eein & Bai, tak payah nak rasa bersalah sangat ya.

Tak pasti samada nak repeat lagi ke tak sebab trek nak sampai ke Pacat je pacak sokmo. Aku suka pacak tapi dengan kondisi lutut yang tak berapa nak strong sangat sekarang maybe aku terpaksa fully recover dulu before decide nak buat percubaan ke-3 ke Nuang via Pangsoon. Maybe, I shud try overnight & naik puncak the next day. Anyway, aku nak juga sahut cabaran Nuang via Pangsoon day trip no matter what. Aku tak tahu lah sapa GSH yang mampu nak buat sekali, kalau boleh nak buat before trip nak ke EBC, eh... still in planning, hehehe. InsyAllah.


Gerua versi GSH ;-)

Anyway, good Luck to Jejai, Toher, Miza, Paah & geng dalam misi menawan puncak Gunung Kinabalu. Korang memang boleh sebab panjat Nuang pun hebat, apa lagi nak naik Kinabalu. Apalah sangat Kinabalu tu kalau turun Nuang pun berlari. Semoga sukses semua.


Saturday, January 2, 2016

2016 First Hiking at Broga Hill

Broga Hill, Semenyih
Saturday, 2 June 2016


Permulaan yang baik & indah untuk 2016...

Hari ni, first time in 2016, aku & geng ke Broga Hill Semenyih. Rasanya dah hampir 2 tahun juga aku tak ke sini. Fuhh, lama sangat dah tu kan. Padahal jarak dari rumak aku nak sampai ke sini takde lah jauh mana pun. Adalah dalam 20min jer. Apa yang buat aku tak prefer ke sini sebab kondisi Broga Hill the last time aku pergi memang seriously buat aku kecewa nak ke sini lagi. Tapi bila dengar member yang baru pergi baru-baru ni kata, Broga dah banyak berubah, so, why shouldn't I give a try kan. Memang aku tak nafikan view sunrise kat Broga Hill ni memang awesome. Sebab tu rata-rata orang sanggup bangun seawal pagi nak catch sunrise kat sini. Memang berbaloi.

Hari ni juga kami seperti yang lain start seawal 6pagi, semata-mata nak tengok sunrise juga. Alhamdulillah, sempat juga walaupun agak lewat matahari nak menyinar. Ingat kami memang tak bernasib baik lagi sebab Eein ada... oppsss tapi ternyata tak benar sama skali, hahaha. So, memang rezeki ko lah kali ni Eein.


Semoga tahun 2016 akan lebih bermakna

Aku rasa dari mula kami masuk parking kat ladang kelapa sawit before pukul 6pagi tu pun dah ramai dengan orang. Fuhh. So, memang dapat dijangkakan lah kesesakan yang akan berlaku kat atas nanti. Nak kata sebab semalam cuti hari ni baru orang ramai nak panjat pun rasanya tak juga. Sebab dulu aku datang sabtu pun, ramai juga sampai sesak laluan turun & naik kat atas Broga. 

Tapi kali ni yang kau perasan memang Broga dah banyak berubah. Yang paling ketara, lalang-lalang dah kembali macam dulu, ada tali keselamatan di pasang untuk laluan naik ke puncak Broga & trail agak bersih berbanding last time. Mungkin sebab dah ada orang take care sekarang. Still, aku masih tak puasa hati dengan tahap keselamtan trekking di sini. Rasanya route naik dan turun masih lagi licin. Pagi tadi jer dah brapa ramai juga yang jatuh sebab keadaan tanah yang kering dan licin. Walaupun dah ada sign board "AWAS" kat certain trek tapi tak semua orang akan aware benda-benda macam ni. Lagi-lagi budak-budak muda yang hyperactive berlari turun & naik. Mungkin next time pihak yang bertanggunjawab boleh lah buat proper trail untuk naik ke puncak Broga e.g. buat trail tangga yang lagi selamat untuk laluan para pendaki, macam kat Bukit Saga tu.


Tak sanggup rasanya nak teruskan sampai ke atas bila tengok orang tak putus-putus naik & turun... memang excited tapi tak sanggup rasanya nak bersesak
 
Kami decide hiking sampai sini saja after nampak hampir ratusan orang kat first peak Broga

Subhanallah... beautiful sunrise

Kami spend tak lama pun kat Broga ni. Bila nampak traffic dah reda sikit baru kami start turun. Itupun masih tak putus-putus juga orang naik lagi. Memang favourite betullah Broga ni. Makin menjadi-jadi pulak orang datang. Memang bagus exercise pagi-pagi ni tapi bila dah ramai sangat ni rasa macam tak selesa pulak. Lepas ni rasanya nak prektis panjat kena naik other than Broga lah nampak nya.


Dah lama tak datang Broga, sekarang dah ada welcoming entrance dah

Dan semakin meriah suasana bila dah sampai bawah... macam pesta pun ada dah, hahaha

Tak payah nak pergi sampai ke Klebang or Batu Berendam, kat sini pun dah cukup, hahaha

Dah bakar lemak, haruslah cari breakfast pulak kan nak gain energy. Destinasi breakfast kami kali ni, jom kita ke Warung Bunian yang terletak di Sungai Merab, Bangi. Emmhhh tapi macam dekat dengan pinggiran putra. Takde lah banyak mana burnt calories pun tapi at least balance lah bila dah makan Breakfast Combo meals. Nescafe O panas, Nasi lemak telur bungkus & Roti Canai. Rugi rasanya datang jauh-jauh nak breakfast kat sini tapi makan satu menu je kan. Alasan sangat kan. Cheat day.

Anyway, kalau ke warung Bunian ni, memang wajib cuba Nasi Lemak telur bungkus & Roti Canai. Sambal nasi lemak nogoghi dia memang best cuma memang tak cukup untuk satu hidangan bagi penggemar sambal tumis ikan bilis. Kalau nak extra sambal kena tambah RM1. Nasi putih dia bagi aku biasa-biasa saja, tak rasa lemak sangat pun tapi good for health, hehehe. Aku agak cerewet sikit pasal roti canai ni tapi bila dah rasa roti canai kat sini memang memenuhi citarasa aku...lembut & crispy. Roti Canai Biasa harga 60sen.

Actually, warung bunian ni, yang bestnya masakan lunch time dia sebab ada menu special ketam masak lomak cili api. Tak pernah cuba lagi tapi adik aku yang kerja kat Putrajaya agak kerap juga datang ke sini. Tapi make sure kena buat booking awal sebelum nak datang waktu lunch dia sebab tak pasal-pasal kena tunggu lama nanti.

Disamping menu yang menarik, boleh lah menikmati suasana ala-ala kampung kat area-area sini. Kalau dari Putrajaya memang sangat dekat nak ke sini.

Lokasi: 2.908795, 101.727217 (GPS Coordinate)


A must try breakfast menu kalau dah sampai Warung Bunian ni... Nasi Lemak telur bungkus RM3

Untuk tempahan & call first nak elakkan kekecewaan... especially lunch time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...