Pages

Wednesday, August 19, 2015

Rinjani Expedition Day 7: Gili Trawangan Day 2

Tuesday, 2nd June 2015
Gili Trawangan, Gili Island, Lombok


Today is our last day at lombok. So, aktiviti utama kami hari ni was snorkeling. Actually, memang part of my plan pun di Gili Trawangan ni.

Seawal 6am kami dah berkumpul dihadapan Wind Beach Bungalow sebab plan kami nak start seawal 6.30pg tapi at the end 6.45am baru nak start naik boat. Kat Gili Island ni, 6.30pg memang dah cerah sangat and matahari pun tengah naik. So, the weather is just nice for snorkeling. Package kami IDR150K per person for 2hrs and with private boat. 


Subhanallah... Pagi yang indah untuk permulaan aktiviti kami hari ini

Beautiful sunrise

Berlalu meninggalkan Gili Trawangan,
Uncle Rashid hantar kami naik boat jer, tak join skali pon.
(Credit to Uncle Rashid for this pic)

Rinjani Mountain seen from our boat

Tak sabar rasanya

Our first spot snorkeling lebih banyak coral compare to fish. Layan juga lah walaupun tak seperti yang diharapkan. Kami spend lebih kurang 20mins before proceed to next spot. Masih dalam misi mencari penyu. 


Port pertama kami (pic credit to Iphone Kay)

Spot snorkeling kami yg ke-2 adalah spot penyu. Excited sangat, al-maklum tak pernah berenang bersama-sama penyu kan tapi harapan hanya tingggal kenangan. Paling kecewa sebab tak sempat nak kejar penyu. Sebab by the time nak tunggu semua turun dari boat, penyu pun dah jauh dari pandangan. Adoi. Mcm mana orang yang tak snorkeling bersama pun boleh nampak dari atas. Kecewa. Maybe bukan rezeki kami. Kami naik balik boat & menuju ke spot lain pulak.

Before ke next snorkeling spot, boatman kami stop by kat Gili air nak dapatkan roti untuk umpan ikan ke next snorkeling spot kami. Apsal lah awal-awal tak cari, adoi. Pergi cari roti jer dah makan masa. Kami pun tak terfikir nak bawa roti ke apa ke untuk umpan ikan-ikan kat sini. Dulu masa snorkeling kat Krabi, mewah ikan datang lepas kasi butterscotch, huhuhu.

Spot ketiga kami kali ni katanya spot banyak ikan. Tapi takdelah sebanyak yang diharapkan tapi boleh lah kan dari takde. Mungkin sebab dah ada umpan roti sedap barulah ikan nak datang. Anyway, aku rasa Sabah juga yang paling best sebab lagi puas hati. Coral pun cantik, Nemo pun ada, hehehe. 


Dah kenapa kat situ aje berkumpul
(pic credit to Iphone Bungolale)

Memang enjoy snorkeling kat sini walaupun ikan tak banyak
(pic credit to Iphone Bungolale)

Cukuplah untuk kali ni ya, jom kita balik
(pic credit to Iphone Bungolale)

Kami hanya sempat ke-3 spot snorkeling saja. Emmhhh... Rasa tak puas lagi nak snorkeling tapi apakan daya masa yang kami ada pun terhad & kami harus cepat pulang ke lombok. Janjinya mahu beli ole-ole lagi untuk pulang ke malaysia. So, uncle dah arrange masa, so that, kami sempat ke semua tempat before ke airport. Macam banyak jer lagi tempat nak singgah kan. 


Breakfast kami after return from Snorkeling

Around 11am macam tu, kami pun check-out & bergerak balik ke Lombok naik speedboat. Haaa... rasa tak puas jer, semalam dah sampai, hari ni nak kena balik dah. InsyAllah, jika ada rezeki & peluang, mahu saja ke sini lagi. Anyway, pada pendapat aku, Gili Island ni agak kurang sesuai untuk bawa kanak-kanak or orang tua sebab bagi aku view kurang menyenangkan sebab terasa macam berada dekat Hawaii jer. So, faham-faham jelah. Cuma aku tak pasti the other 2 Gili Islands, Gili Air & Meno. Apapun, we’re really having fun.


Balik ke Lombok Island semula

To be continued...


No comments:

Post a Comment