Pages

Friday, July 31, 2015

Rinjani Expedition Day 5: Plawangan-Senaru Campsite to Senaru Village Part 2



Continue from previous post

Kami sampai di Pos extra Senaru around 12pm. Kami berehat disini & having lunch. Kali ni lunch special sikit sebab kami tidak lagi diberi nasi berlauk tapi more to western style, spaghetti ala bolognese. Tak sangka pulak ada juga menu special ni tengah-tengah hutan trekking ni kan. Anyway, takdelah exactly macam resipi yang aku selalu buat or makan tapi more to Rinjani porter's style. Memang lain dari yang lain lah. And aku as usual memang tak boleh nak habis lah walaupun presentation memang nampak sangat menarik hati. Luckily, aku dah decide awal-awal nak share dengan kak Syu sebab dia pun tak berapa nak selera. Share pun still tak habis juga walaupun aku dah cuba sedaya upaya. Bukan tak sedap tapi memang takde selera sangat. At least, aku boleh kasi porter aku makan lebih sikit sebab mereka lagi memerlukan energy yang banyak compare to kami semua. Target masa tu cuma nak sampai kat ending point secepat yang mungkin jer. Tak sabar rasanya.


Picnic dalam Hutan

Lunch kami... Spaghetti Bolognese Rinjani Porter's style

Kami memulakan perjalanan semula before 1pm. Tak jauh dah dengan Pos 1 lebih kurang 1.3km lagi. We reached Pos 1, 45min later. Rehat kejap & sambung perjalanan semula. Another 1km to main gate Senaru.


The guides, porters & geng TSB

Sampai di Pos 1 Senaru

Finally, penantian kami berakhir, we reached at Senaru gate around 2pm. Tapi perjalanan ke main road is another half an hour. Hahaha, ingat dah habis kan rupanya kena jalan lagi. Before we proceed to main road & ended this hiking trip, ada acara penutup dulu. Kiranya, kata-kata aluan dari Uncle & guide yang bertugas. Bila sampai turn aku nak cakap, huish, terharu tak tahu nak cakap apa plak. Anyway, thanks to everyone... Uncle Rashid, Guides... Anuar, Pak Wahid, assistant guides & all the porters. Alhamdulillah, misi kami berjaya. Sedih pulak rasanya. Terpaksa meninggalkan kenangan manis selama 4H3M disini. Cepat betul masa berlalu.


Alhamdulillah, mission accomplished

Yeah, we did it

Acara penutup... Sedikit sumbangan ikhlas dari kami
 
Preparation for another half an hour trekking to main road where lorry will pick up us to guesthouse area Senaru village

Till we meet again

Perjalanan ke main road diteruskan after short rest di pintu gerbang Senaru. Perjalanan memang leisure melalui kawasan perkampungan, ladang dan kebun. Nak lari pun boleh kalau larat. Lagi cepat sampai. Tapi Fad lah yang paling special skali sebab ada orang jemput dengan sepeda motor, hehehe. Sewaktu kami sampai, lorry pun baru datang juga. So, tak perlu nak menunggu lama. Agak effiecint jugalah pengurusan Karat adventure.


Last journey thru the Senaru village &  farm

Finally our last point, waiting for the transport

Pukul 2.40pm, pendakian pun berakhir & kami mula bergerak menuju homestay di Senaru village. Tak jauh pun, dalam 20min dah sampai. And paling penting sempat buat video klip satu, hahaha. Masa ni tak pasti juga kami stay kat mana tapi bila dah sampai baru tahu homestay kami terletak agak jauh dari group 20 & geng TSB. Kalau nak compare homestay di Sembalun jauh lebih selesa & menarik dari di Senaru. Tapi takpe lah memandangkan kami akan stay one night jer, so, just ok for me.


Perjalanan balik menuju ke guesthouse kami

Ohh, aktiviti paling menarik sekali malam ni di homestay kami, aktiviti yang aku paling tak suka, kemas barang, hahaha. Stress. Ingat boleh tido awal tapi terpaksa pulak berhempas pulas kemas barang. Tapi nak buat macam mana, nak tak nak kena harungi juga. Beginilah hidup traveller & hiker yang semasa sangat. Esok pagi, ada aktiviti yang lagi menarik & kena hiking lagi nak sampai ke situ. Lepas tu, check-out & kami akan ke Gili Island pulak. Hectic sungguh kan itinerary kami. But, anyway we have fun & enjoy.

To be continued...


No comments:

Post a Comment