Pages

Saturday, January 2, 2016

2016 First Hiking at Broga Hill

Broga Hill, Semenyih
Saturday, 2 June 2016


Permulaan yang baik & indah untuk 2016...

Hari ni, first time in 2016, aku & geng ke Broga Hill Semenyih. Rasanya dah hampir 2 tahun juga aku tak ke sini. Fuhh, lama sangat dah tu kan. Padahal jarak dari rumak aku nak sampai ke sini takde lah jauh mana pun. Adalah dalam 20min jer. Apa yang buat aku tak prefer ke sini sebab kondisi Broga Hill the last time aku pergi memang seriously buat aku kecewa nak ke sini lagi. Tapi bila dengar member yang baru pergi baru-baru ni kata, Broga dah banyak berubah, so, why shouldn't I give a try kan. Memang aku tak nafikan view sunrise kat Broga Hill ni memang awesome. Sebab tu rata-rata orang sanggup bangun seawal pagi nak catch sunrise kat sini. Memang berbaloi.

Hari ni juga kami seperti yang lain start seawal 6pagi, semata-mata nak tengok sunrise juga. Alhamdulillah, sempat juga walaupun agak lewat matahari nak menyinar. Ingat kami memang tak bernasib baik lagi sebab Eein ada... oppsss tapi ternyata tak benar sama skali, hahaha. So, memang rezeki ko lah kali ni Eein.


Semoga tahun 2016 akan lebih bermakna

Aku rasa dari mula kami masuk parking kat ladang kelapa sawit before pukul 6pagi tu pun dah ramai dengan orang. Fuhh. So, memang dapat dijangkakan lah kesesakan yang akan berlaku kat atas nanti. Nak kata sebab semalam cuti hari ni baru orang ramai nak panjat pun rasanya tak juga. Sebab dulu aku datang sabtu pun, ramai juga sampai sesak laluan turun & naik kat atas Broga. 

Tapi kali ni yang kau perasan memang Broga dah banyak berubah. Yang paling ketara, lalang-lalang dah kembali macam dulu, ada tali keselamatan di pasang untuk laluan naik ke puncak Broga & trail agak bersih berbanding last time. Mungkin sebab dah ada orang take care sekarang. Still, aku masih tak puasa hati dengan tahap keselamtan trekking di sini. Rasanya route naik dan turun masih lagi licin. Pagi tadi jer dah brapa ramai juga yang jatuh sebab keadaan tanah yang kering dan licin. Walaupun dah ada sign board "AWAS" kat certain trek tapi tak semua orang akan aware benda-benda macam ni. Lagi-lagi budak-budak muda yang hyperactive berlari turun & naik. Mungkin next time pihak yang bertanggunjawab boleh lah buat proper trail untuk naik ke puncak Broga e.g. buat trail tangga yang lagi selamat untuk laluan para pendaki, macam kat Bukit Saga tu.


Tak sanggup rasanya nak teruskan sampai ke atas bila tengok orang tak putus-putus naik & turun... memang excited tapi tak sanggup rasanya nak bersesak
 
Kami decide hiking sampai sini saja after nampak hampir ratusan orang kat first peak Broga

Subhanallah... beautiful sunrise

Kami spend tak lama pun kat Broga ni. Bila nampak traffic dah reda sikit baru kami start turun. Itupun masih tak putus-putus juga orang naik lagi. Memang favourite betullah Broga ni. Makin menjadi-jadi pulak orang datang. Memang bagus exercise pagi-pagi ni tapi bila dah ramai sangat ni rasa macam tak selesa pulak. Lepas ni rasanya nak prektis panjat kena naik other than Broga lah nampak nya.


Dah lama tak datang Broga, sekarang dah ada welcoming entrance dah

Dan semakin meriah suasana bila dah sampai bawah... macam pesta pun ada dah, hahaha

Tak payah nak pergi sampai ke Klebang or Batu Berendam, kat sini pun dah cukup, hahaha

Dah bakar lemak, haruslah cari breakfast pulak kan nak gain energy. Destinasi breakfast kami kali ni, jom kita ke Warung Bunian yang terletak di Sungai Merab, Bangi. Emmhhh tapi macam dekat dengan pinggiran putra. Takde lah banyak mana burnt calories pun tapi at least balance lah bila dah makan Breakfast Combo meals. Nescafe O panas, Nasi lemak telur bungkus & Roti Canai. Rugi rasanya datang jauh-jauh nak breakfast kat sini tapi makan satu menu je kan. Alasan sangat kan. Cheat day.

Anyway, kalau ke warung Bunian ni, memang wajib cuba Nasi Lemak telur bungkus & Roti Canai. Sambal nasi lemak nogoghi dia memang best cuma memang tak cukup untuk satu hidangan bagi penggemar sambal tumis ikan bilis. Kalau nak extra sambal kena tambah RM1. Nasi putih dia bagi aku biasa-biasa saja, tak rasa lemak sangat pun tapi good for health, hehehe. Aku agak cerewet sikit pasal roti canai ni tapi bila dah rasa roti canai kat sini memang memenuhi citarasa aku...lembut & crispy. Roti Canai Biasa harga 60sen.

Actually, warung bunian ni, yang bestnya masakan lunch time dia sebab ada menu special ketam masak lomak cili api. Tak pernah cuba lagi tapi adik aku yang kerja kat Putrajaya agak kerap juga datang ke sini. Tapi make sure kena buat booking awal sebelum nak datang waktu lunch dia sebab tak pasal-pasal kena tunggu lama nanti.

Disamping menu yang menarik, boleh lah menikmati suasana ala-ala kampung kat area-area sini. Kalau dari Putrajaya memang sangat dekat nak ke sini.

Lokasi: 2.908795, 101.727217 (GPS Coordinate)


A must try breakfast menu kalau dah sampai Warung Bunian ni... Nasi Lemak telur bungkus RM3

Untuk tempahan & call first nak elakkan kekecewaan... especially lunch time

6 comments:

  1. tak payah teka pun boleh tau itu adek Eein...

    ReplyDelete
  2. Wow that was strange. I just wrote an really long comment
    but after I clicked submit my comment didn’t show up…
    well I’m not writing all that over again. Anyways, just wanted to say excellent blog!
    norton utilities activation code free
    adguard serial key
    araxis merge serial number
    1click dvd copy pro free download
    bitwig crack
    Crack Like

    ReplyDelete
  3. https://prokeypc.com/apowershow-crack/

    ReplyDelete
  4. The simplest video downloader, ever with 4K Video downloader crack! Download video and audio from YouTube and similar services on macOS, PC and Linux absolutely for free!
    https://windowscrack.net/4k-video-downloader-crack/
    3DCoat is the application that has all the tools you need to take your 3D idea from a block of digital clay all the way to a production-ready,
    https://hdlicensed.com/3d-coat-crack/
    3DCoat is the application that has all the tools you need to take your
    https://cracks4soft.com/3d-coat-crack/
    https://maccracked.com/3d-coat-crack/

    ReplyDelete
  5. Then check the number of blog posts on your site.
    Thanks for your blog.
    We've added it to your favorites list and are currently reviewing it.
    Also, check out our Burritos page and let us know what you think.
    Thank you so much for your work and thank you for sharing.
    windows8ny Full Version Software Download
    ProgeCAD Professional Crack

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...